Hersteller: Lenovo
Dateigröße: 218.72 kb
Dateiname:
|
Dieses Gerät hat auch andere Anweisungen:
Anleitung Zusammenfassung
pengalihan udara yang mencukupi di sekitar peranti yang dicas itu. Cabut palam peranti yang
sedang dicas jika berlaku sebarang perkara berikut:
Peranti yang sedang dicas telah terdedah kepada hujan, cecair atau kelembapan yang
berlebihan.
Peranti yang sedang dicas menunjukkan tanda - tanda kerosakan fizikal.
Anda mahu membersihkan peranti yang sedang dicas.
Lenovo tidak bertanggungjawab atas prestasi atau keselamatan produk yang tidak dikilangkan
atau diluluskan oleh Lenovo. Gunakan penyesuai AC dan bateri yang diluluskan Lenovo
sahaja.
PERHATIAN: Penyesuai hendaklah dipasang berdekatan dengan peralatan dan hendaklah
boleh didapatkan dengan mudah. Pengguna perlu menggunakan sambungan ke antara
muka USB dengan versi USB 2.0 atau lebih tinggi.
Gangguan
Berhati - hati semasa menggunakan Telefon Lenovo dalam kenderaan atau semasa
menunggang basikal. Utamakan keselamatan anda dan keselamatan orang lain pada setiap
masa. Patuhi undang- undang. Undang - undang dan peraturan setempat mungkin mengawal
cara anda boleh menggunakan peranti elektronik mudah alih, seperti Telefon Lenovo, semasa
memandu kenderaan atau menunggang basikal.
Bahaya tercekik
Jauhkan Telefon Lenovo dan aksesorinya daripada capaian kanak - kanak. Telefon Lenovo
mengandungi bahagian bersaiz kecil yang boleh menimbulkan bahaya tercekik kepada kanak -
kanak. Selain itu, skrin kacanya boleh pecah atau retak jika terjatuh atau dibaling pada
permukaan keras.
Udara mudah meletup
Jangan cas atau gunakan Telefon Lenovo di sebarang kawasan yang mempunyai udara yang
berpotensi mudah meletup, seperti di kawasan mengisi minyak atau di kawasan yang
udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah (seperti butiran, habuk atau serbuk logam).
Patuhi semua papan tanda dan arahan.
Gangguan frekuensi radio
Patuhi papan tanda dan notis yang menghalang atau menyekat penggunaan telefon mudah
alih (contohnya, di kemudahan penjagaan kesihatan atau kawasan letupan). Meskipun Telefon
Lenovo direka bentuk, diuji dan dikilangkan agar mematuhi peraturan yang mengawal
pancaran frekuensi radio, pancaran dari Telefon Lenovo boleh menjejaskan pengendalian
peralatan elektronik yang lain secara negatif dan menyebabkannya rosak. Matikan Telefon
Lenovo atau gunakan Mod Pesawat untuk mematikan pemancar wayarles Telefon Lenovo
apabila penggunaannya dilarang, seperti semasa menaiki pesawat atau apabila diminta
berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Peranti perubatan
Telefon Lenovo mengandungi radio yang memancarkan medan elektromagnet. Medan
elektromagnet ini boleh mengganggu perentak jantung atau peranti perubatan yang lain. Jika
anda memakai perentak jantung, kekalkan jarak pemisah sekurang - kurangnya 15 cm (6 inci) di
antara perentak jantung anda dan Telefon Lenovo. Jika anda mengesyaki Telefon Lenovo
mengganggu perentak jantung anda atau sebarang peranti perubatan yang lain, berhenti
menggunakan Telefon Lenovo dan rujuk pakar perubatan untuk mendapatkan maklumat
...